12 Februari 2011

Personas for Firefox | Bismillah. In the name of Allah

Personas for Firefox | Bismillah. In the name of Allah

KULIAH / PENGAJIAN BULANAN 

Tarikh           : 17.7.2011 (ahad)
Masa             : selepas solat maghrib 
Penceramah : Ust. Haji Abdul Halem Hafiz
Ruj. Kitab    : Nasihat Agama Wasiat Iman
Semua Jemaah di Jemput hadir.

11 Februari 2011

Saham Wakaf Selangor



SAHAM WAKAF SELANGOR

“Wakaf Pemangkin Ekonomi Ummah”

 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa saja yang kamu dermakan (termasuk wakaf) maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”
(Surah Saba’ : ayat 39)





PENGERTIAN WAKAF
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum dan khusus dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.t.

DALIL-DALIL WAKAF
Dalil Al-Quran
“    Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
(Surah Ali-Imran : 92)
Dalil Hadis Nabi Muhammad S.A.W
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang
bermaksud:-
“Apabila mati anak adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, SEDEKAH JARIAH (Wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

KELEBIHAN WAKAF SEBAGAI SEDEKAH JARIAH
Para ahli Fiqh dan ulama’ berpendapat amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk SEDEKAH JARIAH dan ianya mempunyai beberapa kelebihan diantaranya:-
· Menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.
· Satu system yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan social masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama.


PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS MASJID NURUL IMAN TELOK GADONG KLANG MENGGUNAKAN DANA SAHAM WAKAF SELANGOR





MASJID NURUL IMAN TELOK GADONG
· Cadangan pembinaan Kompleks Masjid Nurul Iman yang baru ini adalah kerana Masjid yang sedia adalah telah diistiharkan tidak selamat untuk di gunakan.
· Pembinaan kompleks Masjid Nurul Iman ini melibatkan keluasan tanah hampir 1 ekar dan kompleks ini meliputi bangunan masjid 2 tingkat, Sekolah Agama Rendah KAFA, Rumah kediaman Imam dan bilal dan Rumah Penginapan Musafir.
· Anggaran kos pembinaan Kompleks Masjid Nurul Iman Telok Gadong ini adalah RM17 juta. Bagi menampung perbelanjaan bagi menyiapkan kompleks ini pihak masjid bersama MAIS telah mewujudkan Saham Wakaf Khas bagi pembinaan Kompleks Masjid.
· Saham Wakaf Khas ini boleh disertai oleh hartawan,individu, syarikat koperat atau mana-mana organisasi yang ingin menyumbang melalui pihak Masjid atau MAIS.


APA ITU SAHAM WAKAF SELANGOR
Saham Wakaf Selangor (SWS) adalah satu cara  berwakaf melalui tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang amanah dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan demi kepentingan dan kebajikan Ummah.

BAGAIMANA MENYERTAI SWS
· Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan (BORANG B1) dan boleh dikemukakan kepada pemungut yang diberi kebenaran sahaja.
· Kadar penyertaaan minimum adalah RM250 (seunit) dan tiada kadar maksimum.
· Penyertaan terbuka kepada orang ramai dan juga organisasi.
· Setiap peserta tidak menerima sebarang bentuk dividen atau keuntungan kerana ianya bersifat wakaf (sumbangan kekal).
· Penyertaan juga dibolehkan bagi pihak wakil mana-mana individu yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup

CARA MENGISI BORANG B1
· Isi ruang kosong di Borang B1 selengkapnya.
· Isi jumlah dan bilangan saham yang hendak diwakafkan ditempat yang disediakan.
· Semasa mengisi Borang B1 hendaklah berniat wakaf

Niat Wakaf :-
“ Aku berwakaf RM :…………Kerana Allah S.W.T”



CARA PEMBAYARAN SWS
· KAUNTER SEMENTARA
MASJID NURUL IMAN TELOK GADONG
No.5C, Tingkat 5, Kompleks MAIS,Jalan Meru, 41050 Klang Selangor Darul Ehsan
Tel:03-33426266 / fakas:03-33430733
· Ejen Kutipan SWS yang dibenarkan
· Bank In : No. Akaun Bank Islam
             120 100 100 8716 0
(sertakan borang dan Salinan Slip bank)
· Bayaran Melalui Cek/money order/postal order/bank draf hendaklah atas nama:-
PEMBANGUNAN MASJID NURUL IMAN

APA KELEBIHAN SWS
Sumbangan derma dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 No. rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.5821 No. warta kerajaan bertarikh 27.07.2004”
SENARAI AGEN KUTIPAN SAHAM WAKAF SELANGOR
Agen:
· Tn Hj Azhar bin Abd Rashid (Nazir)
Tel: 016-2382155
· Tn Hj Husin bin Nurudin (Tim.Nazir)
Tel: 016-3871421
· Tn. Hj Baharuddin bin Abu Bakar (Imam)
Tel: 016-9692425
· Tn. Hj Mohd Razak bin Mohd Anas (Setiausaha)
Tel: 013-3531200
· Tn. Hj Norkarman bin Hj Ibrahim (Bendahari)
Tel: 012-3185359


BORANG B1
BORANG MEWUJUDKAN SAHAM WAKAF
Nama Wakif (Pewakaf) :
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
Nama Wakil /Almarhum / Almarhumah :
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan :
………………………………………………………….(lama)
………………………………………………………….(baru)
Alamat :………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………….
No. Telefon        :……………………………………………….
Bilangan Saham  :……………………..unit
Jumlah               : RM………………………..
Ringgit Malaysia  :…………………………………………………………..
.………………………………..               …………………………
     Tandatangan                           Tunai/No.Cek
…………………………………..
            Tarikh
Text Box: *Potong mana yang tidak berkaitan
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Diterima oleh  :……………………………………………………
Tarikh Terima :…………………………………………………….
No. Resit         :…………………………………………………….
Kaunter           :…………………………………………………..
SILA FAX ATAU EMAIL BORANG INI DI ALAMAT SPT YANG DILAMPIRAN



KAEDAH SUMBANGAN LAIN

Selain itu bagi tujuan sumbangan kepada Tabung Pembangunan Masjid boleh juga disalurkan melalui Akaun Bank iaitu: 
1. AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD NO. AKAUN :  120 100 100 8716 0 
    ATAS NAMA : PEMBANGUNAN MASJID NURUL IMAN

2. AKAUN BANK MAYBANK, NO. AKAUN : 5624 5001 1069 
    ATAS NAMA : MASJID NURUL IMAN TELOK GADONG 

Sumbangan juga boleh dibuat dalam bentuk cek yang dibayar atas nama “PEMBANGUNAN MASJID NURUL IMAN”

PENGHARGAAN

Di atas penyertaan Muslimin dan Muslimat melalui saham wakaf ini, pihak Masjid Nurul Iman Telok Gadong  mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga setiap penyertaan tersebut diterima serta mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala sebagai amal jariah yang berpanjangan. Insya Allah.
NAMA-NAMA LAIN UNTUK DIHUBUNGI

1. HAJI MOHD RAZAK B MOHD ANAS  TEL.NO. : 013-3531200
2. HAJI MAKSOM B JEMRAN                   TEL.NO. : 017-6256850
3. HAJI ABDUL RAZAK B HARON           TEL.NO. : 019-6634198
4. MOHD SHAHAR B HASHIM                 TEL.NO. : 019-2423322
5. HAMDAN B NGAH ABD RAHMAN     TEL.NO. : 012-6950750
6. JEMARI B HAJI KUSNI                          TEL.NO. : 010-3619459
7. SARUDDIN B ALIAS                              TEL.NO. : 017-3592498
8. MOHD ZAIN B MOHD YUSOF             TEL.NO. : 012-3767274
9. MARSHITA BINTI IDRIS                        TEL.NO. : 019-6103833