29 Disember 2017

TERJAH....

Khamis_28 Disember 2017

Adun Selat Klang YB Dr Halimah Ali terjah ke projek pembinaan masjid Nurul Iman Telok Gadong untuk melihat sendiri progress kerja. Pihak JKR memaklumkan 60%siap dan insya Allah siap sepenuhnya sebelum Ramadhan 2018. Jurutera daerah JKR dan pegawai pegawai bersama kontraktor utama turut di kawasan masjid selepas mesyuarat bulanan mereka.
YB sempat berpesan agar semua pihak membuat yang terbaik bagi masjid ini kerana ia akan menjadi landmark penting kelak.
Beliau juga mengingatkan bahawa ahli kariah sudah lama menunggu.












27 Disember 2017

Kelas Kemahiran Ukir Buah

Sabtu_23 Disember 2017
Kelas Ukiran Ukir Buah
Masjid Nurul Iman, Telok Gadong Klang

Alhamdulillah satu program asas kemahiran ukir buah untuk semua ahli kariah telah dilaksanakan di Masjid ini pada 23 Disember 2017 dengan harapan Program ini dapat membantu meningkatkan pendapatan ahli kariah dalam industri gubahan seperti ini.

Program telah dilaksanakan dengan kerjasama JKKK Kampung Telok Gadong dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selat Klang.

In Shaa Allah, akan ada lebih banyak program-program ekonomi dan kemasyarakatan seperti ini yang telah kami rancang untuk tahun 2018, selain dari program-program kerohanian yang telah di susun.









18 Disember 2017

Ahad_17 Disember 2017

BIRO KEBAJIKAN DAN ANAK YATIM

Bismillahirahmanirrohim...
Alhamdulillah, seramai 44 orang anak-anak yatim Kariah Masjid Nurul Iman, Telok Gadong Klang telah diraikan dalam majlis penyampaian sumbangan dan bantuan persekolahan bagi sessi 2018.
Majlis disempurnakan bersama oleh Penasihat Masjid Nurul Iman, Telok Gadong Klang
Ybhg. Tuan Haji Baharuddin bin Haji Abu Bakar dan Ustaz Ahmad Nazri bin Mohd Nawi selaku Nazir Masjid.