21 November 2017

AKTIVITI BIRO DAKWAH

Isnin : 2 Rabiul Awal 1439H 
           20 November 2017

Bermulanya Majlis Bacaan Rawi sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W yang akan berlangsung selama 10 malam, Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Pengurusan Masjid sempena memperingati sejarah awal kelahiran Baginda S.A.W. 
Program juga diharap dapat memupuk kefahaman dikalangan generasi muda agar lebih mengenali Insan Agung ini dan sentiasa mengamalkan Sunnahnya.






 

11 November 2017

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN DAN BENCANA

Sabtu :
11 November 2017,
Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.


Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, dan kepercayaan Masyarakat Kampung Telok Gadong Klang, sekali lagi BIRO Kebajikan Masjid Nurul Iman dapat menyempurnakan Misi Bantuan kepada Mangsa Banjir di Kampung Baru Padang Manora 13310 Tasek Gelugor Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Semua Sumbangan Wang Tunai dan barangan keperluan asas dan pakaian yang telah diinfaqkan oleh warga Kampung Telok Gadong turut disampaikan kepada mangsa Bencana Banjir di Kampung ini. 









 Kerja-kerja pembersihan Surau Muhammadiah....







Berehat seketika.....





03 November 2017

Program Jejak Asnaf bagi Kariah Masjid Nurul Iman Telok Gadong Klang Jumaat 3 November 2017 Bersama Pegawai Lembaga Zakat Selangor















Alhamdulillah, selesai program ziarah Asnaf bagi Kariah Masjid Nurul Iman, Telok Gadong Klang.
Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Rafee serta seluruh kakitangan Lembaga Zakat Selangor Daerah Klang yang dapat sama-sama membantu dalam menjayakan misi untuk kali ini.
Semoga Allah SWT memberkati amal ini dan mempermudahkan segala urusan untuk membantu kepada yang memerlukan.. in shaa Allah.