16 April 2018

Rehlah Tarbawi Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Kariah Masjid Nurul Iman, Telok Gadong

Isnin : 19 Mac 2018
Program Rehlah Tarbawi Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin
Hawa Resort, Janda Baik Pahang Darul Makmur.

Assalamualaikum wbt.

Pertamanya admin memohon kemaafan di atas kelewatan mencatatkan laporan program ini, diatas kesibukkan masa dan kelemahan admin sendiri.

Alhamdulillah, satu program riadah bersama anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin bersama AJK Masjid telah dapat dilaksana pada sesi cutu persekolahan pertama yang lalu,


Program yang berlangsung selama 2 hari ini (19-20 Mac 2018) telah dirasmikan oleh YB DR HJH HALIMAH ALI dan Program telah dilaksanakan di Hawa Resort, Janda Baik Pahang Darul Makmur.








Pelbagai acara telah diisi sepanjang program termasuk motivasi dan ceramah yang telah disampaikan oleh ustz Wan Hamidi serta Tuan Haji Baharuddin bin Haji Abu Bakar (Ketua Kampung Telok Gadong)




























10 Februari 2018

SEMINAR SOLAT bersama PU Muhsin Ahmad

Sabtu : 10 Februari 2018
Masjid Nurul Iman, Telok Gadong Klang

Alhamdulillah berakhir sudah Seminar Menghayati & Memahami dan Mendirikan Solat, kupasan dari Kitab Mughnil Muhtaj terjemahan Dr. Hasnan Kasan yang disampaikan oleh PU Ustaz Muhsin Ahmad.


antara peserta yang hadir....


gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program....






06 Februari 2018

Seminar Solat

 




    Apabila seseorang itu cuba membetulkan Solatnya,
    Dia sebenarnya sedang membetulkan Hidupnya...


  

  JOM Penyertaan PERCUMA...
    Sabtu : 10 Februari 2018
    Jam : 8.00 pagi

Untuk pendaftaran sila Hubungi :
019-280 7676 : En. Mohd Shukur
013-394 8822 : En. Mohd Din

29 Januari 2018

Kelas Kemahiran Membuat Kerongsang

Ahad : 28 Januari 2018 / 11 Jamadil awal 1439H
Biro Muslimat & Ekonomi
Masjid Nurul Iman, Telok Gadong Klang

Terima kasih diucapkan kepada Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selat Klang dan JKKK Kampung Telok Gadong dan semua peserta yang terlibat dalam menjayakan satu lagi Program Pembangunan Ekonomi Wanita di kariah Masjid Nurul Iman, Telok Gadong ini, Semoga Ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bagi menaikkan taraf ekonomi isi rumah peserta yang terlibat.





28 Januari 2018

FUTSAL RAKYAT 2018

Ahad : 28 Jan. 2018/11 Jamadil Awal 1439H

Tahniah kepada Juara Futsal Rakyat 2018



Biro Sukan Masjid Nurul Iman, Telok Gadong bersama JKKK Kampung Telok Gadong, mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi JKKK Kampung Telok Gadong (Tuan Haji Baharuddin bin Hj. Abu Bakar) serta Penghulu Mukin Klang (En. Jamil bin  Jemain) kerana turut sama memeriahkan Pertandingan Futsal Rakyat pada kali ini, Tidak lupa juga kepada semua penaja yang telah menyumbang dalam menjayakan Pertandingan Futsal Rakyat 2018.